EXCOSELANGOR

EXCO tawar komputer riba, tablet percuma untuk pelajar

SHAH ALAM, 11 JULAI: Ir Izham Hashim menawarkan komputer riba serta tablet percuma kepada pelajar memerlukan di seluruh negeri ini.

Bagaimanapun, EXCO infrastruktur dan pertanian berkata setiap peranti tersebut terhad 25 unit dengan menyasarkan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) lingkungan usia 15 hingga 25 tahun.

“Saya dengan rendah hati ingin menawarkan pemberian komputer riba jenis Acer dan tablet Lenovo secara percuma kepada warga Selangor atau yang menetap di negeri ini.

“Inisiatif ini bertujuan memudahkan anak-anak serta pelajar mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD),” katanya kepada SelangorKini.

Permohonan boleh dikemukakan melalui mesej terus (DM) di Twitter @IrIzhamHashim dan tarikh tutup pada 31 Julai.

Pemohon perlu menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini serta tujuan memerlukan kemudahan tersebut.


Pengarang :