Reaksi warga emas Khoo Swee (tengah) yang berusia 101 tahun ketika hadir bagi mendapatkan dos kedua suntikan vaksin Covid-19 di Hospital KPJ Klang pada 27 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hampir sejuta rakyat Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 27 JULAI: Seramai 937,000 atau 19.74 peratus rakyat negeri ini lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan sejumlah 3.68 juta dos diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebooknya, seramai 2.75 juta atau 57.8 peratus sudah menerima dos pertama pelalian.

Sementara itu, bagi program Vaksin Selangor (Selvax) pula sebanyak 125,351 dos telah disuntik.

Pada 18 Julai, Amirudin berkata jumlah pemberian vaksin harian negeri boleh mencecah ke tahap maksimum 300,000 dos sehari menjelang hujung bulan ini.

Jumlah itu hasil program Selvax, PICK dan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).

Selangor menyediakan sebanyak dua juta dos vaksin kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Manakala program percuma Selvax Komuniti akan memberi manfaat kepada 250,000 rakyat yang masih belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Pengarang :