Hospital Selayang bertukar status sebagai hospital merawat pesakit Covid-19 sepenuhnya berkuat kuasa pada 21 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Hospital Selayang tukar status rawat pesakit Covid-19 sepenuhnya

SHAH ALAM, 22 JULAI: Hospital Selayang bertukar status daripada hospital hibrid Covid-19 kepada hospital penuh merawat pesakit wabak berkuat kuasa semalam.

Susulan itu, hospital terbabit dalam kenyataan ringkas di Facebook memaklumkan sebarang pertukaran tarikh janji temu akan disampaikan kepada pesakit dalam masa terdekat.

Perubahan terbaharu status Hospital Selayang menjadikan tiga hospital di negeri ini beroperasi sepenuhnya bagi merawat pesakit Covid-19.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menukar status Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri ini.

Setakat semalam, sebanyak 24,703 kes aktif wabak dirawat di Selangor.


Pengarang :