Keadaan wad sementara Jabatan Kecemasan Hospital Serdang yang akan menempatkan pesakit Covid-19 pada 24 Julai 2021 – Foto Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hospital Serdang sediakan cukup kemudahan tambahan untuk pesakit Covid-19

SHAH ALAM, 24 JULAI: Setiap hospital di Selangor telah mengoptimumkan penggunaan kemudahan seperti dewan bedah, klinik dan wad bagi menampung peningkatan jumlah pesakit Covid-19.

Pengarah kesihatan negeri berkata penggunaan khemah-khemah tambahan sebagai wad sementara turut dilaksana dikebanyakan jabatan kecemasan hospital di negeri ini.

Justeru maklum Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, gambar tular mengenai Jabatan Kecemasan Hospital Serdang merupakan keadaan sementara menunggu beberapa peralatan tiba di hospital tersebut,

“Namun kerja-kerja menyiapkan khemah menempatkan pesakit Covid-19 yang dilengkapi kemudahan udara, kipas, air bersih, tandas dan elektrik telah siap pada 21 Julai, termasuk tambahan 81 katil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berada dalam keadaan siap siaga menghadapi lonjakan kapasiti pesakit Covid-19 terutama bagi kategori tiga dan ke atas susulan peningkatan kes di negeri ini.

“Selain itu pelaksanaan pemindahan sebahagian perkhidmatan klinikal kepada hospital swasta sedang giat dijalankan bagi membantu mengurangkan kesesakan pesakit dan memastikan mereka mendapat rawatan sewajarnya,” katanya.


Pengarang :