Ketua Polis Daerah Petaling ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid (tengah) bersama Ketua Polis Selangor Dato’ Arjunaidi Mohamed memeriksa dokumen perjalanan orang ramai dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan pada 3 Julai 2021. Foto Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
AGENSISELANGOR

Jalan Gasing Indah ditutup sepanjang PKPD

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya dekat sini ditutup mulai tengah malam tadi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Petaling.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan hari ini berkata penutupan jalan itu selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara mengenai larangan aktiviti rentas daerah dan negeri di kawasan yang dikenakan PKPD.

Beliau berkata orang ramai boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Jalan Pantai sebagai jalan alternatif jika mempunyai keperluan mendesak.

Mohamad Fakhrudin berkata pihaknya juga mengekalkan enam sekatan jalan raya yang sedang dilaksanakan ketika ini iaitu di Plaza Tol Subang; Plaza Tol Sungai Buloh; Plaza Tol Kota Damansara; Plaza Tol Damansara; Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram.

-BERNAMA

 


Pengarang :