Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) menyempurnakan pelancaran buku berjudul Si Pena 3 pada Majlis Hadiah Sastera Selangor di SACC Mall, Shah Alam pada 16 Disember 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jalin kerjasama DBP, Hadiah Sastera Selangor perluas nilai karya

SHAH ALAM, 21 JULAI: Penilaian karya kreatif untuk anugerah Hadiah Sastera Selangor (HSS) diperluas meliputi tulisan terbitan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd berkata keputusan itu berikutan penganjur telah menjalin usahasama dengan DBP manakala kerjasama beberapa organisasi lain sedang dimuktamad.

“Kami (Media Selangor) juga berhasrat menjalin kerjasama strategik dengan beberapa pihak dan kita telah menerima persetujuan daripada pihak DBP untuk meningkatkan lagi kualiti serta jangkauan HSS.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree

“Alhamdulillah, pelbagai rancangan dibuat untuk merancakkan dunia sastera,” kata Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree dalam majlis anugerah Hadiah Sastera Selangor 2020 semalam.

Selain itu, Mohamed Fareed berkata usaha merancakkan lagi kegiatan penulisan sastera turut dirancang termasuk mengadakan kategori baharu membabitkan penulisan novel.

Beliau juga menjelaskan halaman sastera dalam akhbar Selangorkini menerima sambutan menggalakkan khususnya dari kalangan penulis muda sejak diperkenal pada 2015.

“Pemerhatian kami juga mendapati ada dalam kalangan pelajar mengirim hasil karya penulisan mereka. Ini kami jangka hasil dorongan para guru” katanya lagi.

Penganjuran HSS merupakan cetusan idea Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menjadi EXCO kebudayaan.


Pengarang :