Petugas Kesihatan Selcare membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Balairaya MBPJ Jalan PJS 2D/11, Petaling Jaya pada 24 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan Covid-19 kekal 7,000 kes, Selangor terus rekod lebih 3,000

SHAH ALAM, 7 JULAI: Jangkitan harian Covid-19 terus mengekalkan rekod 7,000 kes hari ini dengan catatan 7,097 kes, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data di Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan kes di Selangor kekal pada paras 3,000 apabila mencatat 3,119 kes.

Semalam, Malaysia merekodkan angka tertinggi dalam tempoh sebulan iaitu 7,748 kes manakala jangkitan di Selangor melonjak kepada 3,260 kes naik 998 kes berbanding hari sebelumnya.

Setakat ini sebanyak 799,790 keseluruhan kes wabak di negara ini dengan Selangor merekodkan jumlah terkumpul 268,841 kes.

Pecahan kes Covid-19 di negeri/wilayah lain:
Kuala Lumpur – 1,005
Negeri Sembilan – 788
Melaka – 358
Sarawak – 289
Pahang – 258
Sabah – 244
Johor – 224
Kedah – 198
Perak – 187
Pulau Pinang – 140
Kelantan – 123
Labuan – 93
Terengganu – 43
Putrajaya – 26
Perlis – 2


Pengarang :