Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menyertai Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan MBPJ Jalan 51A/227, Petaling Jaya pada 24 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan harian melonjak kepada 8,868 kes, Selangor lebih 4,000

SHAH ALAM, 8 JULAI: Jumlah jangkitan harian Covid-19 melonjak kepada 8,868 kes hari ini, kedua tertinggi selepas merekodkan 9,020 kes pada 29 Mei lalu menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Data di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Selangor mencatatkan 4,152 kes, peningkatan tertinggi daripada kebiasaan 2,000 hingga 3,000 kes.

Kuala Lumpur merekodkan kenaikan kepada 1,133 kes, jiran-jirannya Negeri Sembilan masih lagi tinggi dengan 897 kes dan Perak pula 543 kes.

Jangkitan di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja kira-kira 60 peratus daripada jumlah harian.

Jumlah kes di negeri/wilayah lain hari ini seperti berikut:

Kedah – 360
Johor – 336

Sarawak – 281
Sabah – 279
Pulau Pinang – 237

Melaka – 183
Pahang – 152
Kelantan – 135

Terengganu – 68
WP Labuan – 64
WP Putrajaya – 47
Perlis – 1


Pengarang :