Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel calitan ke dalam bekas khas ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 8 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jangkitan melonjak kepada 16,117, Selangor kekal paras 6,000 kes

SHAH ALAM, 27 JULAI: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 meningkat semula kepada 16,117 kes hari ini berbanding 14,516 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, jumlah di Selangor naik sedikit sahaja kepada 6,616 kes berbanding 6,508 kes semalam.

Jangkitan di Kuala Lumpur meningkat mendadak kepada 2,457 kes berbanding 1,425 semalam, sementara Kedah pula masih tinggi dengan 1,000 kes berbanding 1,160 kes sehari sebelumnya.

Johor menurun sedikit kepada 907 kes hari ini berbanding 1,449 kes semalam.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Sabah – 741

Negeri Sembilan – 669
Melaka – 674
Pulau Pinang – 618

Kelantan – 592
Perak – 583

Sarawak – 405
Pahang – 403

Terengganu – 317

WP Putrajaya – 122

WP Labuan – 11
Perlis – 2

 

 


Pengarang :