Deretan tong oksigen yang digunakan pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 21 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

JKNS sedia 3,000 tangki oksigen di PKRC Serdang – pengarah

SHAH ALAM, 23 JULAI: Jabatan Kesihatan Selangor menyediakan 3,000 tangki oksigen di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Serdang 2.0 untuk disalurkan kepada institusi rawatan memerlukan bantuan segera.

Pengarahnya, Datuk Dr Shaari Ngadiman berkata pada masa sama pihaknya juga sedang membaiki kemudahan oksigen di dua hospital penuh Covid-19, Hospital Ampang dan Hospital Selayang.

“Bagi Hospital Ampang, kerja menggantikan regulator sedang dilaksanakan, dan jam 7 petang ini, ia akan dapat diatasi. Pada masa sama, kita pastikan silinder oksigen juga mencukupi” katanya pada sidang media hari ini.

Dr Shaari berkata bekalan di Hospital Selayang juga akan distabilkan selepas dilapor mengalami tekanan rendah susulan pertambahan katil.

“Di Hospital Selayang ada 1,350 tapak oksigen yang mampu menampung kapasiti 960 katil namun sekarang di sana ada 1,200 katil menyebabkan tekanan rendah, kita akan stabilkannya,” katanya.


Pengarang :