Petugas Kesihatan Selcare membuat ujian calitan ke atas peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam pada 10 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah harian meningkat kepada 7,654 kes, Selangor lebihi paras 3,000

SHAH ALAM, 6 JULAI: Sebanyak 7,654 kes harian Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, meningkat 1,609 kes berbanding semalam.

Angka hari ini antara tertinggi pernah dicatatkan dalam tempoh sebulan. Kali terakhir kes paras 7,000 dicatatkan pada 4 Jun dengan 7,748 kes.

Rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jangkitan di Selangor melonjak kepada 3,260 kes, naik 998 kes berbanding semalam.

Selain Kuala Lumpur merekodkan 1,550 kes, Negeri Sembilan mencatat 698 kes, Kedah (337), Johor (313), Sarawak (286), Melaka (230) dan Sabah (225).

Kes di negeri-negeri lain seperti berikut:

Pulau Pinang – 185
Pahang – 180
Kelantan – 118
Perak – 94
WP Labuan – 82
Terengganu – 61
WP Putrajaya – 33
Perlis – 2


Pengarang :