Petugas Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Serbaguna MPAJ AU5, Ampang pada 27 Jun 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah harian menurun sedikit, Selangor masih paras 2,000 kes

SHAH ALAM, 4 JULAI: Jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara turun 613 kes kepada 6,045 kes berbanding semalam.

Selangor masih berada pada paras 2,000 kes dengan merekodkan 2,262 kes, namun menurun berbanding semalam yang mencatat 3,047 kes.

Kebanyakan negeri masih mencatatkan kes tiga angka seperti Kuala Lumpur 616 kes, Negeri Sembilan (531), Johor (500) dan Perak (384).

Negeri lain dalam lingkungan sama ialah Sarawak (365), Kedah (332), Melaka (290), Sabah (228), Pulau Pinang (173) dan Kelantan (124).

Sementara negeri yang merekodkan kes dua angka meliputi Pahang (95), Labuan (75), Terengganu (54) dan Putrajaya (16).  Perlis pula kembali kepada sifar kes.

 


Pengarang :