Seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian sut pelindung diri (PPE) membantu orang ramai yang hadir di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan Selangorkini pada 17 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan makin kurang ke paras 10,000, kes Selangor turun lagi

SHAH ALAM, 18 JULAI: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 menurun kepada 10,710 kes hari ini berbanding 12,528 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan kes di Selangor juga makin berkurang kepada 4,828 kes berbanding 4,985 semalam.

Jumlah kes di negeri ini menurun tiga hari berturut-turut selepas rekod jangkitan tertinggi 6,120 kes pada Khamis lalu.

Kes di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan juga menyusut kepada tiga angka. Bandar raya itu merekod 945 kes berbanding 1,740 semalam. Manakala Negeri Sembilan 771 kes berbanding 1,280 kes semalam.

Bagaimanapun Johor menunjukkan peningkatan kes apabila merekod 808, naik 183 kes berbanding 625 semalam.

Pecahan kes wabak negeri/wilayah lain:

Kedah – 696
Sabah – 666

Perak – 407

Pahang – 369

Pulau Pinang – 295
Melaka – 289
Sarawak – 261

Kelantan – 146
Terengganu – 123

WP Labuan – 50
WP Putrajaya – 51

Perlis – 5


Pengarang :