Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menyertai Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan masih tinggi, kes Selangor makin turun

SHAH ALAM, 17 JULAI: Jangkitan baharu Covid-19 kekal pada paras 12,000 apabila mencatat 12,528 kes hari ini, turun 13 kes berbanding semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan kes di Selangor turun lebih 500 kepada 4,985 kes berbanding 5,512 semalam.

Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pula kekal merekod kes melebihi 1,000. Bandar raya itu merekodkan 1,740, sedikit meningkat berbanding 1,542 semalam.

Manakala Negeri Sembilan dengan 1,280 kes, turun lebih 300 berbanding semalam.

Pecahan kes wabak negeri/wilayah lain:

Kedah – 701

Sabah – 647
Johor – 625

Melaka – 569

Perak – 428

Pulau Pinang – 396
Sarawak – 388
Pahang – 317

Kelantan – 211

Terengganu – 177

WP Labuan – 22
WP Putrajaya – 41

Perlis – 1


Pengarang :