Imbasan mikroskop elektron menunjukkan SARS-CoV-2 (objek biru bulat) muncul dari permukaan sel yang dikultur di makmal, yang menyebabkan Covid-19. Virus itu diasingkan dari seorang pesakit di Amerika Syarikat pada 27 Februari 2020. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan rekod tertinggi 17,405, Selangor kembali ke paras 7,000 kes

SHAH ALAM, 28 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 hari ini terus melonjak ke paras tertinggi dengan 17,405 kes berbanding 16,117 kes semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata jangkitan di Selangor turut meningkat sebanyak 555 kes kepada 7,171 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan turut mencatatkan peningkatan adalah Kuala Lumpur dengan 2,880 kes berbanding 2,457 kes hari sebelumnya.

Pertambahan kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini 1,061,476 kes.

Jumlah harian tertinggi pernah direkodkan negara adalah 17,045 kes pada 25 Julai.

Berikut Pecahan jangkitan di negeri/wilayah lain:

Johor – 767
Sabah – 913
Sarawak – 464
Negeri Sembilan – 863
Pulau Pinang – 760
Kedah – 1,112
Kelantan – 532
Perak – 406
Melaka – 531
Pahang – 429
Terengganu – 490
WP Labuan – 16
WP Putrajaya – 68
Perlis – 3


Pengarang :