Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Komuniti MBPJ, Petaling Jaya pada 23 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah menurun kepada 16,840 kes, Selangor sekitar 6,000

SHAH ALAM, 30 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 menurun kepada 16,840 kes hari ini berbanding 17,170 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, Selangor turut mencatat penurunan lebih 1,000 kes kepada 6,092 berbanding 7,163 kes semalam.

Jangkitan di Kuala Lumpur, Kedah dan Johor merekod jumlah besar masing-masing dengan 2,114, 1,281 dan 1,104 kes.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Negeri Sembilan – 1,079
Sabah – 1,066

Perak – 810

Pulau Pinang – 689

Kelantan – 656

Melaka – 581
Pahang – 540

Sarawak – 450

Terengganu – 258
WP Putrajaya – 100

Perlis – 13
WP Labuan – 7


Pengarang :