Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk Pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya pada 5 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kadar kebolehjangkitan di Selangor, KL lebih rendah banding Putrajaya dan Perak

SHAH ALAM, 10 JULAI: Selangor dan Kuala Lumpur mencatat kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 sebanyak 1.16 mengikut kes hari ini.

Data dikongsi ketua pengarah kesihatan menunjukkan paras Rt di Selangor meningkat berbanding 1.14 semalam manakala Kuala Lumpur kekal namun lebih rendah berbanding Putrajaya yang mencatat 1.19 dan Perak (1.17).

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memaparkan Kedah merekodkan kadar Rt 1.13, melebihi nilai kebolehjangkitan di seluruh negara iaitu 1.11.

Bagi pecahan mengikut negeri pula, empat negeri mencatat paras Rt melebihi 1.0 antaranya Negeri Sembilan (1.04), Melaka (1.05), Terengganu (1.08), Sabah (1.10) dan Pahang (1.11).

Negeri dengan nilai Rt bawah 1.0 pula membabitkan Johor dan Pulau Pinang masing-masing 0.99, Kelantan (0.94), Labuan (0.87), Sarawak (0.85) dan Perlis (sifar).

Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak.

Ia digunakan untuk meramal berapa jumlah individu yang mungkin akan mendapat jangkitan wabak, semakin tinggi nilai Rt semakin ramai akan disahkan positif.


Pengarang :