Aksi tangkas regu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menentang regu lelaki dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon di pusingan penyingkiran pada temasya Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza pada 29 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Kejutkan pasangan Indonesia, Aaron Chia-Wooi Yik ke separuh akhir

TOKYO, 29 JULAI: Pasangan regu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah mara ke peringkat separuh akhir dengan penuh bergaya apabila mereka mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di Olimpik Tokyo di sini, hari ini.

Aaron-Wooi Yik, pilihan kesembilan temasya sukan, dilihat jelas bekerja keras menyerang pasangan Indonesia itu untuk menewaskan mereka dengan straight sets, 21-14, 21-17, dalam masa hanya 33 minit di gelanggang Musashino Forest Sport Plaza.

Apa yang lebih menarik adalah kenyataan bahawa ini merupakan kemenangan pertama Aaron-Wooi Yi ke atas pasangan Indonesia itu selepas lapan perlawanan sebelum ini, sejak pertembungan pertama mereka dalam Terbuka Malaysia 2018.

– BERNAMA


Pengarang :