Petugas barisan hadapan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Krai mengangkat peralatan untuk vaksinasi selepas menyeberangi Sungai Kelantan menaiki feri untuk memberi vaksin sempena Program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Kampung Pasir Kelang pada 7 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kes pertama varian Delta di Kelantan

KOTA BHARU, 25 JULAI: Kelantan mengesan kes pertama varian Delta melibatkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif dua hari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin berkata wanita berkenaan juga pernah dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

Beliau berkata perkembangan ini amat membimbangkan, justeru beliau menyeru seluruh penduduk Kelantan supaya lebih berwaspada dan meningkatkan tahap pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengelak jangkitan.

“Kerjasama rakyat termasuk para pemimpin dalam aspek pematuhan SOP amat penting bagi membendung penularan virus ini. Sekiranya tiada urusan penting jangan tubik (keluar) dan jangan kederak (bersiar-siar),”katanya dalam persidangan media di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Setakat semalam, Kelantan mencatatkan 502 kes positif baharu dan 2,625 kes masih dalam rawatan.

— BERNAMA


Pengarang :