Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima semasa program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Kajang di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang pada 26 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 17 peratus pesakit kategori 3 hingga 5 ada sejarah divaksin

SHAH ALAM, 27 JULAI: Kira-kira 17.35 peratus daripada 346 pesakit Covid-19 kategori 3 hingga 5 pernah mendapat vaksin.

Pesakit ini mengalami jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan alat bantuan pernafasan akibat jangkitan virus tersebut.

Menurut angka Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit tiga kategori ini adalah 2.1 peratus daripada 16,117 kes yang dilaporkan hari ini.

Sementara 12.1 peratus daripada 15,771 pesakit tanpa gejala atau bergejala ringan pernah mendapat vaksin.

“Perlu diambil perhatian juga bahawa ada pesakit yang kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan dan terdapat juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi,” kata KKM dalam hantaran di Facebook malam ini.


Pengarang :