ADN Seri Setia, Halimey Bin Abu Bakar bergambar bersama penerima vaksin ketika meninjau program Selvax DUN Seri Setia di Dewan PKNS SS7, Kelana Jaya pada 23 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Lebih 4,000 bantuan makanan kepada penduduk Seri Setia sejak Mei

KELANA JAYA, 23 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia sudah mengagihkan lebih 4,000 bakul makanan kepada penduduk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)3.0, Mei lalu.

Wakil rakyatnya, Halimey Abu Bakar berkata fokus beliau adalah untuk memastikan bekalan makanan kepada penduduk sentiasa mencukupi ketika berhadapan pandemik.

“Setakat ini fokus kita hanya bakul makanan dahulu kerana banyak permintaan daripada penduduk yang mana ada segelintir dikuarantin dan tidak boleh keluar untuk dapatkan keperluan harian,” katanya.

Beliau ditemui SelangorKini ketika program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti anjuran DUN beliau di Dewan PKNS SS7, di sini, hari ini.

Mengulas bantuan selain makanan, Halimey berkata perkara itu akan dipertimbang berdasarkan keperluan.

“Insya-Allah jika ada keperluan mendesak kita akan bantu,” katanya.


Pengarang :