Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Saipolyazan M Yusop (dua, kanan) bersama Ketua Divisyen Kutipan LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini (kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga lapan beradik yang kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19 di Bukit Beruntung, Rawang pada 22 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS teruskan bantuan asnaf, jaga kebajikan lapan beradik yatim piatu

BUKIT BERUNTUNG, 23 JULAI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan bantuan bulanan asnaf kepada keluarga Benyajeed Bernie dan Noraini Ibrahim yang meninggal dunia akibat Covid-19 minggu lalu.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata bantuan pendidikan, makanan dan hari raya juga akan diberikan kepada lapan anak pasangan berkenaan.

“Keluarga ini merupakan asnaf berdaftar sejak 2014 dan selepas ini bantuan bulanan akan diserahkan kepada anak mereka bagi memastikan kebajikan terjamin.

“Dalam masa sama LZS akan terus memantau keperluan anak-anak ini kerana masih kecil dan perjalanan hidup masih panjang. Kita akan lihat bantuan diperlukan,” kata Saipolyazan M Yusop.

Beliau berkata pihaknya juga telah menyerahkan bantuan khairat kematian RM3,000 selain bayaran sewa rumah RM650.

Terdahulu Saipolyazan melawat lapan adik beradik tersebut berusia empat hingga 19 tahun yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia pada 16 dan 18 Julai akibat pandemik Covid-19.


Pengarang :