Majlis Agama Islam Selangor (Mais) serah sumbangan barangan asas kepada penduduk Hulu Langat. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais: 209 keluarga di Hulu Langat terima sumbangan barangan asas

SHAH ALAM, 7 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan sumbangan barangan asas bernilai RM20,900 kepada 209 keluarga terkesan pandemik Covid-19 di Hulu Langat semalam.

Agensi itu berkata sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas merangkumi beras, tepung, minyak dan gula menggunakan peruntukan Fidyah Mais bernilai RM100.

“Agihan kali ini melibatkan kerjasama dari empat Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM), terdiri daripada Sahabat Hospital – Serdang, Sahabat Hospital – Kajang, Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Dato Abu Bakar Baginda.

“Kepada para pembayar fidyah yang budiman, Mais mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka semua,” katanya menerusi Facebook.

Individu beragama Islam yang ingin membayar fidyah secara dalam talian boleh berbuat demikian di http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php


Pengarang :