Selangorkini
Petugas Mais mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk sekitar Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor yang terkesan akibat Covid-19 pada 29 Julai 2021. Foto Facebook Majlis Agama Islam Selangor
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Mais agih bantuan makanan ke Gombak termasuk 277 keluarga Orang Asli

SHAH ALAM, 30 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan bantuan makanan kepada 376 keluarga sekitar Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor yang terkesan akibat Covid-19.

Agensi itu dalam kenyataan menyebut bantuan meliputi beras, minyak, tepung dan gula turut diserahkan kepada 277 keluarga Orang Asli termasuk yang bukan beragama Islam.

“Bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM37,600 bagi membantu keluarga terkesan pandemik hingga dikategorikan sebagai asnaf sementara.

“Mais juga menggunakan dana Baitulmal bagi membantu Orang Asli yang bukan Islam. Semoga sumbangan ini meringankan beban penerima,” kata Mais di Facebooknya semalam.

Sementara itu, salah seorang penerima dari Kampung Orang Asli Batu 12 Nor Zalina Jumbai menghargai bantuan terbabit yang mampu meringankan bebannya sekeluarga.

“Saya gembira dan terharu atas sumbangan ini. Terima kasih kepada Mais kerana menghulurkan bantuan,” katanya.

 


Pengarang :