Petugas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan bantuan kepada keluarga terlibat pada 30 Jun 2021. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais bantu lebih 200 keluarga terjejas di Sepang, Gombak dan Kuala Selangor

SHAH ALAM, 1 JULAI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) semalam menyalurkan bantuan bernilai RM23,600 kepada 236 keluarga yang terkesan akibat Covid-19 di sekitar Sepang, Gombak dan Kuala Selangor.

Menerusi Facebook, agensi itu memaklumkan golongan terbabit terdiri dalam kalangan mereka berpendapatan rendah (B40), dibuang kerja dan hilang punca pendapatan.

“Setiap keluarga menerima bantuan berbentuk set makanan asasi bernilai RM100 mengandungi beras, minyak, gula dan makanan kering yang lain melalui peruntukan fidyah Mais.

“Sumbangan disampaikan melalui Rakan Strategik Agihan Fidyah Mais termasuk Surau Al Hijrah, Masjid Al Iman, Sekolah Rendah Agama Desa Putra, Maahad Hafiz Jeram, Masjid Darul Falah, Darul Ulum Zaiyadai, KAFA Integrasi Taman Melawati dan Tahfiz Surau Al Aziziah,” katanya.

Mais dalam pada itu meminta umat Islam di negeri ini yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara dalam talian boleh melayari http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php .


Pengarang :