Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (kiri) menerima menghadap mantan Mufti Selangor Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid (kanan) di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 15 Julai 2021. Foto Facebook Selangor Royal Office
SELANGOR

Mantan Mufti Selangor dilantik anggota Mais, Ahli Dewan di-Raja

SHAH ALAM, 15 JULAI: Mantan Mufti Selangor Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dilantik sebagai anggota Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Ahli Dewan di-Raja Selangor.

Pelantikan itu diperkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Beliau telah berkhidmat sebagai Mufti Selangor selama 23 tahun dan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bagi memberi peluang kepada orang baharu yang lebih muda serta berkaliber,” menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Dato’ Setia Mohd Tamyes di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.


Pengarang :