Penerima suntikan vaksin Covid-19 hadir di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam yang dibuka semula pada hari ini setelah ditutup selama sehari berikutan penularan kes Covid-19 dalam kalangan petugas pada 14 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 618,000 dos vaksin diberi dalam tempoh seminggu

SHAH ALAM, 15 JULAI: Sebanyak 618,000 dos suntikan vaksin Covid-19 telah diberi janji temu bagi tempoh tujuh hari untuk penduduk Selangor.

Mengikut infografik yang dikongsi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook, dos berkenaan diterima daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang setakat ini penggunaannya mencecah 78 peratus.

Berdasarkan infografik sama, kadar vaksinasasi harian Selangor mencatatkan 114,416 dos sehari dan  jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 2.3 juta dos.

Selain itu, data infografik berkenaan juga menunjukkan jumlah pemberian suntikan bagi Program Vaksin Selangor (Selvax) adalah sebanyak 57,339 dos.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menjayakan Selvax di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi melengkap dan mempercepatkan proses suntikan pelalian rakyat.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja di bawah Selvax Industri.

Manakala program percuma Selvax Komuniti memberi manfaat kepada 250,000 rakyat yang masih belum divaksin membabitkan 500,000 dos.


Pengarang :