Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Kajang di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang pada 26 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

MB: 6,219 permohonan rebat RM20 ke pusat vaksin dilulus

SHAH ALAM 29 JULAI: Kerajaan Negeri meluluskan 6,219 permohonan rebat RM20 bagi perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV) menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab sehingga 25 Julai lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan ia daripada jumlah 8,704 permohonan diterima bagi tujuan berkenaan.

“Sebanyak 2,113 baucar rebat Grab satu telah dimanfaatkan oleh warga Selangor untuk ke PPV.

“Rebat RM20 untuk Grab merupakan insentif galakan dan memudahkan vaksin Covid-19 diambil dalam Pakej Kita Selangor 2.0 menerusi peruntukan RM1 juta dengan kos semasa RM43,260,” katanya menerusi Facebook.

Mereka yang menerima tarikh vaksin boleh memohon dengan mendaftar di www.platselangor.com dan tekan butang Inisiatif MBI Bisnes Amal.

Permohonan rebat yang dibuka 20 Jun lalu sah bagi perjalanan ke PPV seluruh Selangor dan Kuala Lumpur mulai 1 Julai hingga 30 September.

Sebelum ini, inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dikhususkan untuk penduduk berusia 50 tahun ke atas tetapi diperluas ke semua peringkat usia.


Pengarang :