Anggota tentera mengawal kawasan di Selayang Baru, Gombak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pada 1 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB sanjung petugas keselamatan, berjuang sepanjang Covid-19 menular

SHAH ALAM, 31 JULAI: Dato’ Menteri Besar menyanjung tinggi jasa petugas keselamatan yang terus menabur bakti dan berjuang di saat negara berdepan pandemik Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata golongan berkenaan melaksanakan pelbagai operasi dan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) demi keselamatan negara.

“Selamat Hari Pahlawan saya ucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutama para perajurit tanah air.

“Jasa dan pengorbanan mereka mempertahankan kedaulatan negara sentiasa disanjung tinggi. Terima kasih kepada para petugas keselamatan, anda pahlawan nusa,” katanya di Facebook sempena sambutan Hari Pahlawan hari ini.

Sejak penularan Covid-19 tahun lalu, pasukan keselamatan terutama polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dengan pelbagai penugasan antaranya sekatan jalan raya, Op Benteng, Op Penawar dan Op Patuh.

Dalam masa sama pasukan terbabit juga mengawal lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).


Pengarang :