AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

MB seru rakyat cakna, bersama bantu golongan terjejas akibat Covid-19

SHAH ALAM, 19 JULAI: Dato’ Menteri Besar menggesa orang ramai prihatin terhadap rintihan masyarakat terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau terharu dengan kisah berlegar di sekeliling sejak negara dilanda wabak berkaitan.

“Sekiranya anda memerlukan bantuan atau mengenali sesiapa dalam kesempitan, jangan bertangguh hubungi kami. Kerajaan Negeri berusaha keras memastikan tiada yang tertinggal pada saat ini kerana kita sama-sama jaga kita.

“Marilah kita saling cakna, bertanya khabar dan meminjamkan telinga untuk mendengar rintihan teman terdekat agar tiada sesiapa menghadapi tekanan perasaan atau terjejas kesihatan mentalnya,” katanya menerusi kenyataan perutusan Aidiladha.

Amirudin turut berpesan kepada seluruh rakyat terutama di negeri ini supaya berusaha sedaya mungkin berkorban dan saling membantu saat amat mencabar ini.

“Marilah pada yang mampu, bersama-sama mengorbankan sedikit kesenangan untuk dikongsikan kepada yang memerlukan,” katanya.


Pengarang :