Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua dari kiri) meninjau proses vaksinasi di Taman Murni, Sepang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 9 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
SELANGOR

MB tinjau PKPD Taman Murni, saksi proses beri vaksin

SEPANG, 9 JULAI: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa lebih sejam meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Murni di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari tiba pada jam 11 pagi dan kemudian mendengar taklimat dari petugas mengenai situasi terkini sebelum meninjau kawasan berkenaan.

Beliau juga turut meluangkan masa melihat proses pemberian vaksin yang mula disuntik kepada penduduk pada hari ini.

Penduduk Taman Murni dikenakan PKPD selama 14 hari sejak 30 Jun selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 36 kes dalam tempoh seminggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

Pelaksanaan PKPD ini memudahkan aktiviti saringan kontak, pengasingan bagi kes dan kontak rapat serta menyekat pergerakan keluar masuk orang ramai dari kawasan terbabit.


Pengarang :