Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor bercakap kepada media selepas menyampaikan sumbangan tablet kepada keluarga lapan beradik yang kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19 di Bukit Beruntung, Rawang pada 22 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI sumbang 50 tablet, mudahkan urusan PdPR pelajar

SHAH ALAM, 24 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang 50 tablet sepanjang tahun ini kepada pelajar terpilih.

Ketua tanggungjawab sosial korporat (CSR)nya berkata sumbangan itu mengutamakan pelajar dari golongan sasar bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Pemberian ini menerusi permohonan diterima dari NGO (pertubuhan bukan kerajaan), pejabat Ahli Dewan Negeri atau Parlimen.

“Susulan penularan Covid-19 hingga menyebabkan sekolah ditutup, kita lihat sumbangan ini dapat membantu urusan pembelajaran lebih selesa,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada SelangorKini.

Pada Khamis, beliau menyerahkan empat tablet kepada lapan beradik yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Noraini Ibrahim dan Benyajeed Bernie meninggal dunia akibat Covid-19 minggu lalu.


Pengarang :