Selangorkini
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor menyampaikan sumbangan tablet kepada lapan beradik yang kehilangan Ibubapa mereka akibat COVID-19 bagi memudahkan pembelajaran secara maya untuk mereka di Bukit Beruntung, Rawang pada 22 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

MBI sumbang tablet kepada lapan beradik yatim piatu

BUKIT BERUNTUNG, 22 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang empat tablet kepada lapan beradik yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 minggu lalu.

Ketua tanggungjawab sosial koporatnya (CSR) berkata peranti berkenaan dapat memudahkan  proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Semalam penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali serah dua komputer riba jadi hari ini kita serahkan empat tablet bagi membantu aspek pendidikan mereka.

“Penyelaras DUN juga akan menaja bayaran rangkaian internet sedia ada di rumah mereka sehingga hujung tahun ini,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Terdahulu beliau melawat Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, serta tujuh adiknya yang menjadi yatim piatu selepas ibu bapa mereka, Noraini Ibrahim 43 dan Benyajeed Bernie,45, meninggal dunia pada 16 dan 18 Julai akibat Covid-19.

Ahmad Azri berkata enam daripada mereka yang masing-masing belajar di peringkat rendah, menengah serta pusat pengajian tinggi juga bakal menerima kad sim Data Internet Selangor selama setahun bermula Oktober.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan program Data Internet Selangor dengan peruntukan RM17.5 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.

Tawaran produk kad sim data internet tanpa had dengan kadar istimewa RM35 sebulan akan diberi subsidi RM20 oleh MBI untuk tempoh 12 bulan.


Pengarang :