Seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian sut pelindung diri (PPE) membantu warga emas menolak kerusi roda di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan SelangorKini pada 17 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDANASIONAL

Pasukan Petugas Khas Lembah Klang cari sukarelawan

SHAH ALAM, 29 JULAI: Pengesanan kontak melalui telefon adalah antara tugas sukarelawan Pasukan Petugas Khas Lembah Klang (GKV STF) yang sedang dicari ketika ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan pasukan itu kini sedang membuka pendaftaran kepada individu yang mahu bersama-sama mengekang penularan Covid-19.

Komander GKV STF Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata pihaknya memerlukan khidmat orang ramai untuk mendaftar sebagai sukarelawan untuk menjalankan tugas-tugas berikut:

– Pengesahan kes positif baharu (melalui panggilan telefon)
– Pengesanan kontak (melalui panggilan telefon)
– Menguruskan data (Microsoft Excel/Microsoft Word)
– Membantu tugas-tugas pentadbiran.
– Membantu petugas kesihatan di fasiliti kesihatan (memantau dan memberikan bantuan bukan klinikal kepada pesakit di dalam wad)
– Pengurusan jenazah Covid-19 di Jabatan Forensik.

“Orang ramai boleh mendaftar dengan melengkapkan borang di pautan berikut:-

https://bit.ly/volunteerGKVSTF,” kata timbalan ketua pengarah kesihatan (kesihatan awam) menerusi kenyataan.


Pengarang :