Jururawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) selesai membuat persiapan akhir dalam menyediakan Dewan F yang merupakan dewan baharu bagi menempatkan pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 ketika tinjauan media di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 19 Mei 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Penggunaan katil pusat kuarantin MAEPS hampir penuh

SHAH ALAM, 8 JULAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Bersepadu (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 kini hampir penuh digunakan.

Menteri Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada keseluruhan katil berjumlah 5,198, 154 katil yang dikhususkan untuk pesakit Covid-19 kategori empat melepasi kapasiti penggunaan maksimum yang ditetapkan.

“Baki katil bagi pesakit Covid-19 kategori satu, dua dan tiga juga hampir digunakan sepenuhnya. Berdasarkan data terkini, PKRC terbabit menerima secara purata 800 pesakit Covid-19 sehari dengan 200 pesakit adalah mereka yang berada dalam kategori empat,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata KKM menilai semula strategi sedia ada serta mengenal pasti langkah responsif dan pantas bagi meningkatkan lagi kesiapsiagaan hospital di Lembah Klang dan PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 bagi menerima dan merawat pesakit khususnya kategori empat dan lima yang semakin meningkat.

Antara langkah segera:

1. Menambah segera katil ICU di hospital KKM dan hospital pengajar universiti seperti menambah 20 katil ICU di Hospital Ampang serta lapan katil ICU dan 45 katil di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia pada 7 Julai 2021.

2. Melengkapkan wad di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dengan 69 katil dan peralatan tambahan dianggar RM1.1 juta.

3. Menubuh hospital medan dengan kapasiti 50 katil tambahan menerusi kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di HTAR.

4. Memperluas kerjasama dengan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju bagi menerima dan merawat pesakit Covid-19 kategori tiga dan empat.

5. Melaksana segera penugasan semula (mobilisasi sementara) lebih 110 petugas kesihatan ke PKRC MAEPS berkuat kuasa 8 Julai 2021 untuk tempoh satu hingga enam bulan bagi menyokong PKRC Bersepadu MAEPS 2.0.

6. Menambah segera sebanyak 1,550 silinder oksigen bagi memenuhi keperluan pesakit di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0

7. Melaksana kerja pengujian dan penyerahan pada malam 7 Julai 2020 bagi 30 unit ‘oxygen concentrator’ baharu di PKRC Bersepadu MAEPS 2.0

8. Mengoperasi semula Institut Latihan KKM (ILKKM) di Sungai Buloh yang mempunyai keupayaan maksimum sebanyak 2,400 katil.

9. Menyediakan pekerja sukarelawan terutama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bagi membantu pesakit kanak-kanak yang mana ibu bapa juga dirawat kerana Covid-19.

10. Bekerjasama dengan pengamal perubatan swasta dan pihak majikan untuk menubuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan menubuhkan PKRC


Pengarang :