Notis penutupan pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam selama sehari berikutan kes Covid-19 dalam kalangan petugas. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pengunjung PPV IDCC diminta buat saringan jika ada gejala

SHAH ALAM, 13 JULAI: Orang ramai yang berkunjung ke pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) di sini diminta melakukan ujian saringan Covid-19 sekiranya bergejala.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin berkata individu yang telah menerima vaksin juga perlu melakukan tindakan sama jika mengalami demam, selsema dan batuk berterusan.

“Saringan boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan yang berdekatan. Jika melakukan ujian di fasiliti kerajaan atas arahan pegawai, ia tidak perlu dibayar,” katanya menerusi notis pemakluman Soalan Lazim penutupan PPV IDCC hari ini.

Hari ini PPV berkenaan ditutup sehari selepas 204 petugasnya dikesan positif Covid-19.

Susulan itu sebanyak 6,000 janji temu hari ini akan dijadualkan semula selain Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan melakukan proses sanitasi.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 turut menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi antara 29 Jun hingga 12 Julai membuat penilaian kendiri dan melakukan saringan sekiranya bergejala.

Pada 2 Mei lalu, PPV IDCC dibuka bagi mempercepatkan urusan suntikan imunisasi berkenaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kendalian kali pertama Kerajaan Selangor itu melibatkan suntikan khas vaksin AstraZeneca untuk individu yang mahu mengambilnya secara sukarela.


Pengarang :