Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuka kawat duri susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Merpati A, Pandan Indah pada 30 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PKPD Pangsapuri Merpati tamat sehari awal, penghuni bakar mercun kena tegur

AMPANG, 30 JULAI: Pengumuman penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehari awal di Jalan Pandan Indah (Pangsapuri Merpati A) di sini, disambut dengan sorakan penduduk.

Penduduk bagaikan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila Jabatan Penerangan mengumumkan penamatan PKPD yang berakhir pada jam 11.59 malam ini.

Malah terdapat penduduk yang membakar mercun di dalam rumah bagi menyambut penamatan PKPD.

Tindakan itu bagaimanapun menerima teguran petugas Jabatan Penerangan yang menggunakan pembesar suara menasihatkan penduduk agar bertenang.

Kerja-kerja membuka kawad duri oleh anggota tentera di sekeliling pangsapuri itu bermula pada jam 10.30 malam tadi.

Petang tadi, Menteri Kanan Luar Negeri (keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan penamatan PKPD di situ ditamatkan sehari lebih awal selepas dikenakan perintah berkenaan pada 18 Julai lalu.


Pengarang :