Anggota polis melakukan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Klang – Banting, Klang pada 3 Julai 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PKPD tamat, Selangor dalam pelan pemulihan fasa pertama

SHAH ALAM, 17 JULAI: Selangor kini berada dalam pelan pemulihan fasa pertama susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim semalam.

Dato’ Menteri Besar berkata ia berdasarkan pengumuman pengumuman timbalan perdana menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perkara tersebut di semua mukim berkenaan.

“Oleh itu, Selangor kini berada dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa pertama kecuali lokaliti dikenakan PKPD. SOP (tatacara operasi piawai) ini diguna pakai berdasarkan arahan lanjut MKN,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Berikutan keputusan itu, beberapa perubahan berlaku seperti dua wakil setiap isi rumah dibenarkan bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas dalam jarak tidak lebih 10 kilometer manakala tiga orang termasuk pesakit diizinkan bagi mendapatkan rawatan, suntikan vaksin dan kecemasan.

Bagi operasi sektor awam pula sebanyak 20 peratus dibenarkan iaitu keutamaan kepada proses tidak boleh dilakukan dari rumah sementara untuk pengurusan dan operasi swasta pada tahap 60 peratus tertakluk surat kelulusan kementerian

Kemudahan lain adalah sepeti berikut:

1. Sukan dan rekreasi individu di tempat terbuka – 7 pagi hingga 8 malam
– joging dan senaman dahaja
– perjarakan fizikal 2 – 3 meter
– kawasan kejiranan

2. Stesen minyak di lebuh raya bertol – 24 jam
Stesen minyak – 6 pagi hingga 8 malam

3. Hospital, klinik, makmal perubatan – 24 jam

4. Restoran, kedai makan, penjaja tepi jalan – 6 pagi hingga 10 malam

5. Pasar raya, kedai serbaneka, klinik haiwan, kedai dobi, kedai barangan bayi, penjagaan diri, bengkel kenderaan, kedai cermin mata, kedai makanan haiwan, dobi layan diri, farmasi, kedai barangan kogan (hardware) – 8 pagi hingga 8 malam

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sidang MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di semua mukim terbabit.

Bagaimanapun empat kawasan baharu dalam empat daerah akan dikuat kuasa perintah ketat itu selama dua minggu mulai esok iaitu:

1. Damai Apartment, mukim Damansara, Petaling
2. Jalan Pandan Indah, mukim Ampang, Hulu Langat
3. Jalan Batu Nilam, mukim Klang, Klang
4. Taman Samudera, mukim Batu, Gombak


Pengarang :