Niel Shofia Fitrah Abdul Muthalib, 18, mempelajari teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan melalui portal Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ketika tinjauan pada 5 Februari 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Portal tuisyen percuma dilayar lebih 37,000 kali, bakal tambah 80 video

SHAH ALAM, 6 JULAI: Portal pendidikan Selangor http://eptrs.my dilayari sebanyak 37,088 kali sejak diperkenalkan pada Januari tahun lalu sehingga semalam.

Urus Setia Program Tuisyen Rakyat Selangor, Siti Syazwani Ab Latib bagaimanapun berkata pihaknya bakal menambah 80 video pembelajaran baharu dari guru seluruh Selangor.

“Portal ini dalam proses kemas kini mungkin Ogos nanti siap sepenuhnya dengan penambahan modul yang lebih interaktif dan menarik.

“Kita jangka apabila selesai semua penambahbaikan, mungkin 30,000 lagi tambahan jumlah orang melayari portal ini,” katanya ketika dihubungi.

Portal itu antara inisiatif disediakan Kerajaan Negeri menerusi Pakej Kita Selangor yang dibentang pada 20 Januari bagi membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Platform tersebut dilengkapi sesi pembelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah untuk SPM serta Pengajian Am dan Ujian Bahasa Inggeris (Muet) untuk STPM.


Pengarang :