Nge Sze Han meninjau lokasi program Vaksin Selangor (Selvax) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Sebaguna MBSJ Puchong Indah, Subang Jaya pada 26 Julai 2021. FOTO HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

PPV Puchong Indah beroperasi dengan kapasiti 1,500 dos sehari

PUCHONG, 26 JULAI: Kewujudan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Puchong Indah memudahkan penduduk setempat mendapat suntikan pelalian.

Wakil rakyat Kinrara Ng Sze Han berkata pusat vaksin yang beroperasi hari ini memiliki kapasiti sebanyak 1,500 suntikan dos sehari.

“Ini adalah khabar gembira buat penduduk kerana sebelum ini segelintir daripada mereka terpaksa memandu jauh sehingga ke PPV Setia Alam, Pusat Konvensyen Ideal dan Sungai Long.

“Justeru, saya mengalu-alukan penduduk berhampiran manfaatkan peluang ini dengan mendaftar segera untuk mendapatkan vaksin,” katanya selepas meninjau PPV berkenaan di Dewan Serbaguna MBSJ hari ini.

Sze Han yang juga EXCO kerajaan tempatan berkata beberapa PPV baharu sekitar Petaling turut beroperasi hari ini dengan kapasiti 30,000 dos vaksin sehari.

“Sehingga kini saya dimaklum kira-kira 18 peratus penduduk di Petaling lengkap menerima dua dos vaksin manakala lebih 50 peratus individu terima satu dos,” katanya.

Berikut adalah 11 PPV lain yang beroperasi di Selangor hari ini:

– Le Gardens Pavilion, Gamuda Gardens, Rawang
– Dewan Banquet Persada Plus, Subang
– Dewan Meranti 2, Seksyen U20 Bandar Baru Sungai Buloh
– Dewan Kenanga, Seksyen 28, Shah Alam
– Dewan Kemuning Utama, Seksyen 32, Shah Alam.
– Dewan Persatuan Hokkien, Klang
– Dewan Persatuan Soka Gakkai
– Galaxy Mall, Ampang
– Bangi Convention Centre, Seksyen 14 Bandar Baru Bangi
– Dewan Canselor MSU, Seksyen 13, Shah Alam
– UNIKL-British Malaysia Institute (BMI) Sungai Pusu, Gombak


Pengarang :