Orang ramai sanggup beratur dua kilometer untuk menyertai Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Masyarakat Bandar Kinrara 2, Puchong pada 22 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Rekod baharu Covid-19 catat 11,079 kes, Selangor lepasi angka 5,000

SHAH ALAM, 13 JULAI: Jangkitan Covid-19 melonjak kepada 11,079 kes hari ini, tertinggi direkodkan sejak pandemik, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data di Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut menunjukkan kes di Selangor meningkat kepada 5,263, melonjak hampir 1,000 kes berbanding 4,308 kes semalam.

Kuala Lumpur pula kembali mencatat kes melebihi 1,000 apabila merekodkan 1,521 kes berbanding 609 semalam. Manakala Negeri Sembilan dengan 1,033 kes berbanding 794 semalam.

Pecahan kes Covid-19 bagi negeri/wilayah lain:

Kedah : 497 kes
Sarawak : 472 kes
Johor : 406 kes

Perak : 329 kes
Melaka : 323 kes
Pahang : 321 kes

Sabah : 239 kes
Pulau Pinang : 234 kes
Kelantan : 211 kes

Terengganu : 93 kes
WP Putrajaya : 77 kes
WP Labuan : 60 kes

Perlis : 0 kes

 


Pengarang :