Seorang petugas kesihatan lengkap berpakaian sut pelindung diri (PPE) membantu warga emas menolak kerusi roda di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan SelangorKini pada 17 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDANASIONAL

Rekod tertinggi 17,045 jangkitan hari ini, semuanya lebih sejuta kes

SHAH ALAM, 25 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 terus melonjak ke paras tertinggi dengan 17,045 kes hari ini berbanding rekod 15,902 semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes di negara ini melebihi paras sejuta kepada 1,013,438 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor turut mengalami kenaikan ketara apabila mencatat 8,500 kes berbanding 7,351 semalam.

Selain negeri itu, Kuala Lumpur dan Kedah juga menunjukkan peningkatan besar kepada masing-masing 2,045 dan 1,216 kes.

Begitu juga peningkatan di Johor, Sabah dan Perak yang mencatatkan jumlah masing-masing 950, 818 dan 609 kes.

Pecahan jangkitan di negeri/wilayah lain:

Pulau Pinang – 573
Negeri Sembilan – 513

Pahang – 424
Sarawak – 407

Melaka – 370

Terengganu – 273
Kelantan – 266

WP Putrajaya – 50
WP Labuan – 21

Perlis – 10


Pengarang :