Petugas kesihatan memakai kelengkapan alat perlindungan diri (PPE) ketika memberi rawatan kepada pesakit Covid-19 di Unit Rawaan Rapi Hybrid Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 11 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Rekod tertinggi 17,786 jangkitan, Selangor kekal paras 6,000 kes

SHAH ALAM, 31 JULAI: Jumlah jangkitan Covid-19 terus melonjak ke paras tertinggi dengan 17,786 kes hari ini berbanding rekod 16,840 kes semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, jumlah kes di Selangor naik sedikit kepada 6,400 berbanding 6,092 yang dicatatkan semalam.

Angka yang dipapar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Kuala Lumpur, Kedah dan Johor kekal merekodkan jumlah besar masing-masing dengan 1,962, 1,389 dan 1,144 kes.

Kenaikan lebih paras seribu kes turut dikesan di Sabah dengan jumlah jangkitan 1,035.

Selain itu, walau masih belum mencecah paras seribu kes, kenaikan besar juga direkod di Terengganu dan Pahang.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Negeri Sembilan – 929

Terengganu – 883

Perak – 775
Pulau Pinang – 713

Melaka – 697
Pahang – 653

Kelantan – 580

Sarawak – 485

WP Putrajaya – 116

Perlis – 16
WP Labuan – 9

 


Pengarang :