AGENSISELANGOR

Suka sakitkan hati pasangan punca cerai tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 27 JULAI: Suka menyakitkan hati pasangan punca perceraian tertinggi direkod Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sepanjang tahun lalu.

Ketua penolong pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Jais berkata pasangan gagal beri perhatian serta kurang kasih sayang punca kedua tertinggi direkodkan.

Nik Suhaila Nik Hussin juga memberitahu masalah komunikasi pula menyumbang punca kes cerai ketiga tertinggi.

Menurut beliau, rekod Jais menunjukkan Petaling catat pendaftaran cerai tertinggi iaitu 2,079 diikuti Hulu Langat dengan 1,666, Gombak (1,070) dan Klang (1,113).

Sepang pula rekod 404 daftar cerai, Kuala Selangor (389), Kuala Langat (374), Hulu Selangor (368) dan Sabak Bernam (205).

Bagaimanapun Nik Suhaila memaklumkan, secara keseluruhan pendaftaran cerai di Selangor sepanjang tahun lalu turun kepada 7,668 kes berbanding 9,439 pada 2019.

“Sebagai rumusan, suami atau isteri perlu saling bersabar menghadapi masalah rumah tangga, saling menyokong, tidak membesarkan perkara remeh.

“Pasangan juga perlu berusaha melaksanakan sepenuhnya peranan masing-masing dalam rumah tangga,” katanya ketika dihubungi.


Pengarang :