Mohd Khairuddin Othman (tengah) menunjukkan barang bantuan yang diserahkan kepada sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 19 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Sukarelawan Selangor bantu penduduk hadapi krisis, bencana

SHAH ALAM, 20 JULAI: Kerajaan Negeri menubuhkan pasukan sukarelawan, Selangor Volunteer (SERVE) yang akan membantu masyarakat menghadapi krisis dan bencana.

EXCO generasi muda menyasarkan seramai 3,000 individu menyertai kumpulan itu yang akan diwujudkan di seluruh negeri bawah Majlis Penggerak Belia Selangor.

“Kita buka penyertaaan untuk semua lapisan umur bagi merancakkan aktiviti kesukarelawanan di Selangor dan memberi peluang kepada masyarakat untuk berkhidmat.

“Diharapkan penubuhan SERVE ini akan memperkukuhkan iltizam sukarelawan Selangor untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan kepada sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, semalam.

Beliau berkata pihaknya akan bergerak ke seluruh daerah untuk menarik masyarakat menyertai pasukan berkenaan selain menyediakan peruntukan RM100,000 bagi menjayakannya.

Sebagai permulaan, Mohd Khairuddin berhasrat menempatkan sukarelawan SERVE untuk bertugas di PPV bagi melancarkan operasi suntikan pelalian Covid-19.


Pengarang :