Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada penerima ketika program Outreach Vaksinasi Covid-19 Taman Desawan, Klang di Pusat Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia cawangan Selangor pada 18 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Suntikan vaksin penduduk Taman Desawan lancar

SHAH ALAM, 21 JULAI: Program Outreach Vaksinasi Covid-19 kepada penduduk Taman Desawan, Klang berjalan lancar dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata pengunjung terutama yang uzur dan berumur juga menerima layanan baik daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) serta pusat kesihatan daerah.

“Terima kasih JKNS dan mereka yang hadir ke Program Outreach Vaksinasi Covid-19, bersama kita teruskan perjuangan melawan pandemik ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Beliau turut berkongsi keratan video lawatannya ke program suntikan tersebut yang diadakan di Pusat Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia cawangan Selangor, Ahad lalu.

Video berkenaan menerangkan pendekatan baharu JKNS yang memberikan vaksin kepada penduduk taman perumahan mencatat jumlah jangkitan tinggi.

Keterangan dalam video itu menjelaskan program berkenaan membabitkan 1,600 penduduk Taman Desawan dan akan diperluas ke perumahan lain.

“Ini merupakan pendekatan kedua dilakukan JKNS serta pejabat kesihatan daerah dan akan dilakukan mengikut kesesuaian sesuatu kawasan agar proses suntikan berjalan lancar.

“Vaksin diberikan untuk individu belum terima giliran dan mempunyai masalah bergerak serta tiada akses mendapat suntikan,” jelas video berkenaan.


Pengarang :