Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tujuh kluster baharu di Selangor, kesan 251 jangkitan

SHAH ALAM, 15 JULAI: Selangor merekodkan tujuh kluster baharu jangkitan Covid-19 dengan lima di tempat kerja manakala masing-masing satu komuniti dan pendidikan tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Hulu Langat merekodkan dua kluster tempat kerja dan masing-masing satu di Sepang, Gombak serta Sabak Bernam manakala komuniti di Petaling dan pendidikan tinggi di Gombak.

Jelasnya, keseluruhan jangkitan di tujuh kluster terbabit setakat ini berjumlah 251 kes dengan 1,352 orang disaring.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Selangor mencatatkan 45 kes kematian akibat Covid-19 daripada 110 yang direkodkan di seluruh negara.

“Sebanyak 42 kes kematian di hospital manakala tiga lagi kes jenazah dibawa ke hospital (BID).

“Sebanyak 37 daripadanya mempunyai sejarah penyakit,” katanya.


Pengarang :