Hasnul Baharuddin (kanan) menyerahkan sumbangan makanan kepada salah seorang penduduk Kampung Bandar di Morib baru-baru ini. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Dun Morib -YB Hasnul
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Morib bantu 70 keluarga susah sempena Aidiladha

SHAH ALAM, 20 JULAI: Seramai 70 keluarga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib menerima bantuan makanan asas dan basah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ahli Dewan Negerinya Hasnul Baharuddin berkata sumbangan melalui Misi Ziarah Kasih Aidiladha untuk membantu masyarakat Kampung Bandar yang memerlukan.

“Misi kali ini menggunakan kenderaan roda tiga bagi memudahkan bantuan diberi kepada penerima yang umumnya tinggal berhampiran satu sama lain.

“Usaha ini diharap dapat meringankan beban keluarga yang mempunyai punca pendapatan atau sumber kewangan isi rumah rendah,” katanya menerusi Facebook semalam.

Hasnul yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri mengagihkan bantuan bersama Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bandar Abdullah Sani Sahbudin .

Beliau berkata gandingan bersama pusat khidmat masyarakat dan pihak MPKK juga memainkan peranan penting dalam menyampaikan sumbangan kepada penerima.

“Selain membantu, kita juga dapat mendengar luahan penduduk mengenai situasi semasa,” katanya.


Pengarang :