Sukarelawan pusat pemberian vaksin (PPV) lengkap berpakaian baju Melayu membantu orang ramai yang hadir bagi menerima vaksin pada hari pertama Raya Aidiladha di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Movenpick Hotel dan Convention Centre KLIA, Sepang pada 20 Julai 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Yakin saranan KKM, wanita mengandung teruja terima vaksin Covid-19

SHAH ALAM, 21 JULAI: Sarat mengandung bukan halangan bagi seorang wanita menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Movenpick & Pusat Konvensyen KLIA semalam.

Malah, Hairul Shameen Ismail, 27, yang sedang hamil tujuh bulan teruja menerima suntikan pelalian kerana yakin saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah untuk kebaikan diri dan bayi dalam kandungan.

Hairul Shameen Ismail, 27

“Alhamdulillah, selepas mendapat tahu KKM sahkan semua jenis vaksin sesuai disuntik untuk ibu hamil, tanpa berfikir panjang saya terus mendaftar di aplikasi MySejahtera.

“Selepas dapat mesej tarikh janji temu, saya terus maklumkan suami untuk dibawa ke sini. Ia juga untuk kebaikan saya dan bayi dalam kandungan,” katanya ketika ditemui.

Manakala, Muhammad Hakimi Nazrul Hisyam, 18, berkata walaupun tarikh janji temu adalah pada Hari Raya Aidiladha ia tidak menghalangnya untuk hadir menerima suntikan demi mencapai imuniti kelompok.

“Saya menyarankan mana-mana individu yang takut untuk disuntik atau anti vaksin daftarlah segera supaya kita dapat segera memutuskan rantaian Covid-19,” katanya yang menerima vaksin jenis Sinovac.

Muhammad Hakimi Nazrul Hisyam,18

Sementara itu, Nor Fairuz Syahida Sukono, 37, pula memuji proses daftar sehingga menerima suntikan vaksin mudah, pantas selain tempat yang amat selesa.

“Terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang banyak membantu memudahkan pengunjung meskipun mereka terpaksa bekerja di hari raya,” katanya.


Pengarang :