Orang ramai hadir untuk mendapatkan vaksin Covid-19 tanpa janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 7 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

1.67 juta penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

SHAH ALAM, 7 OGOS: Sebanyak 1.67 juta atau 35.1 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Menerusi perkongsian infografik di Facebook Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sebanyak 5.1 juta dos vaksin disuntik menerusi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut beliau daripada jumlah itu sebanyak 3.44 juta atau 72.3 peratus penduduk sudah menerima dos pertama pelalian.

Manakala sebanyak 238,316 dos disuntik melalui program Vaksin Selangor (Selvax).

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan Kerajaan Negeri kepada pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja menerusi Selvax Industri.

Selvax Komuniti pula memanfaatkan 250,000 rakyat yang belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

Usaha melibatkan kos bernilai RM200 juta itu diiktiraf kerajaan persekutuan dan terangkum dalam kerangka PICK yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, warga emas serta pekerja industri.


Pengarang :